Sumbangan dato onn jaafar kepada negara

Bincangkan sumbangan Dato Onn Jaafar dalam memansuhkan Malayan Union di Tanah Melayu dari tahun 1946 hingga 1957

PENGENALAN Dato’ Onn merupakan anak keempat daripada lapan orang adik-beradik yang dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor pada 3 Februari 1895. Beliau ialah anak Dato’ Ja’afar Hj. Muhammad yang merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. Dato’ Onn mempunyai adik-beradik yang ramai kerana Dato’ Ja’afar berkahwin sebanyak lima kali dan dikurniakan 13 orang anak. Dato’ Onn adalah kesembilan dan berketurunan Melayu dan Turki yang mana ibu Dato’ Onn iaitu Ruqayah Hanim Abdullah berasal daripada Sacrcia, Turki yang telah dibawa oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1879 ke Tanah Melayu. Dato’ Onn telah menerima pendidikan di Alderburgh Lodge School di Suffolk, England dan Dato’ Onn kemudiannya telah kembali ke tanah air untuk melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Matlob, Dato’ Onn Jaafar Negarawan Melayu Yang Unggul, Johor: Badan Bookstore SDN. BHD. 1992, hlm 3. Kepulangan Dato’ Onn semula ke Tanah Melayu dikatakan adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh British yang bimbang hubungan akrab diantara Dato’ Onn dengan Tengku Mahkota Johor ketika mereka belajar di luar negara bersama-sama. Pada tahun 1919 Dato’ Onn telah menjadi kerani pelatih di Pejabat Kerajaan Johor. Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1997, hlm 119. Semasa era penjajahan Jepun, beliau berkerja sebagai Pengawal Makanan Johor dan dengan kedudukan yang itu beliau bertanggungjawab membahagikan beras ke daerah penting negeri Johor seperti Segamat,Kluang, Labis, Pagoh dan Muar. Dengan kedudukan itu, Dato’ Onn dikatakan dapat membantu pasukan anti-Jepun terutamanya anggota-anggota Kesatuan Melayu Muda di Batu Pahat dan Muar dengan memberi bantuan beras kepada mereka tanpa pengetahuan Jepun. http://www.digitalsejarah.com/wp-content/uploads/2016/01/Modul-Dato-Onn.pdf Semasa pengenalan Malayan Union oleh British di Tanah Melayu, Dato’ Onn dengan lantang telah menentang Malayan Union kerana akan menghakiskan kedudukan raja-raja Melayu dan ketuanan orang Melayu sendiri kerana prinsip Jus Soli dalam Malayan Union dan Tanah Melayu akan dijadikan sebagai tanah jajahan mahkota British yang bermaksud Tanah Melayu akan diletakkan dibawah pemerintahan Ratu England (Quen Elizabert). PERJUANGAN DATO’ ONN MENENTANG MALAYAN UNION AKHBAR Penglibatan Dato’ Onn dalam bidang politik boleh dilihat sejak tahun 1930 apabila beliau dilantik sebagai pengarang dalam akhbar Warta Malaya. Matlob, Dato’ Onn Jaafar Negarawan Melayu Yang Unggul, hlm 7. Penglibatan Dato Onn dalam bidang akhbar disebabkan kesempitan hidup yang beliau alami pada ketika itu kerana setelah kematian bapanya Dato Jaafar semua hartanya telah dilelong oleh Sultan Ibrahim yang merupakan sultan Johor pada ketika itu. Tindakan ini dilakukan oleh Sultan Ibrahim kerana dikatakan Dato Jaafar telah berhutang kepada kerajaan Johoe sebanyak $21000. Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, hlm 119. Pada tahun 1934 Dato Onn telah ditawarkan oleh Syed Ali Abbas Al Attas menjadi pengarang akhbar Lembaga Malaya dan kemudiannya pada tahun 1935 Dato Onn telah ditawarkan menjadi pengarang Lembaga. Ibid, hlm 120. Manakala, pada akhir tahun 1935 Dato’ Onn telah menjadi pengarang Warta Ahad, untuk cawangan akhbar Warta Malaya. Ramlah Adam, Dato Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm 26. Penglibatan Dato’ Onn dalam bidang akhbar secara tidak langsung membolehkan beliau menjadi penggerak untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu yang sering ditindas akibat dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak British. Buktinya, dalam ruangan Pak Pandirnya, telah membidas dasar negatif British terhadap raja-raja Melayu, negeri-negeri Melayu dan orang Melayu. Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, hlm 120. Hal ini, kerana dasar pemerintahan yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu lebih mengambil berat terhadap orang Cina sedangkan tidak banyak perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh British bagi meningkatkan kehidupan orang Melayu. malah, Dato’ Onn juga tidak berpuas hati dengan tindakan British yang merampas kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintahan yang tertinggi di Tanah Melayu. Selain itu, Dato Onn juga telah mengkritik British dalam penulisannya kerana British dilihat tidak mengutamakan orang tempatan bagi mengisi jawatan dalam kerajaan, sebaliknya British telah membawa masuk ramai pegawai Eropah berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan, wal hal mereka tidak tahu dengan pemikiran dan budaya yang diamalkan oleh orang tempatan. Ramlah Adam, Dato Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, hlm 32. Dalam usaha Dato’ Onn untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu, beliau juga turut mengkritik sikap orang Melayu yang sering leka dan berbalah yang dianggap sebagai punca kemunduran mereka. Di samping itu, Dato’ Onn juga turut mengkritik sikap orang Melayu yang tidak mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka sedangkan pendidikan merupakan kunci utama bagi membangunkan orang Melayu yang mereka ini sedang dijajah oleh British. Pada ketika itu, orang Melayu dilihat sering mengamalkan hidup yang sia-sia kerana suka membazir, bersuka-ria dan tiada penyatuan sesama sendiri. Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, hlm 121. KESATUAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR Pada tahun 1946, sebuah Persatuan Melayu telah ditubuhkan di selatan Tanah Melayu dengan nama Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ). Penubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor telah ditubuhkan hasil dari persetujuan yang telah dicapai oleh 8 buah persatuan diantara beberapa buah Persatuan Melayu dan Perwakilan Daerah yang terdapat di seluruh negeri Johor, seperti Persatuan Melayu Kluang, Persatuan Melayu Batu Pahat, Persatuan Melayu Johor Bharu dan sebagainya. http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=3808. PMSJ di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar ditubuhkan dengan tujuan untuk menentang Malayan Union, menyatukan dan mengawal keselamatan orang-orang Melayu akibat dari pergaduhan kaum yang berlaku di Batu Pahat dan kemudian telah merebak ke Kuala Pilah, Lambar Kanan di Teluk Anson, Kuala Kangsar dan Raub. Tujuan utama Persatuan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan adalah untuk menyatukan orang-orang Melayu dan berjuang serta mempertahankan hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu supaya mereka akan kasih dan sayang kepada negara mereka dan bekerjasama dengan Kerajaan dan sesama mereka. Malah, PMSJ telah bergerak secara aktif untuk membangkitkan kesedaran bagi menentang Malayan Union. Ekoran daripada itu, beberapa bulan kemudian, pergerakan Persatuan Melayu Semenanjung Johor telah menjadi asas kepada penubuhan satu pertubuhan yang lebih besar yang bercorak nasional bagi mewakili orang Melayu diseluruh negeri-negeri Melayu yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu atau yang lebih dengan nama UMNO (United Malay National Organization). http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=6871. DEMONTRASI AMAN Dalam perjuangan Dato Onn menetang pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu beliau telah mengadakan demontrasi secara aman bagi membantah tindakan Harold MacMichael bagi memperoleh tanda tangan dari raja-raja Melayu. Hal ini, di sebabkan raja-raja Melayu tidak diberi ruang untuk bermesyuarat dengan majlis jemaah menteri masing-masing sebelum menurunkan tanda tangan bagi mempersetujui penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu. Ramlah Adam, Dato Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, hlm 83 Selain itu, tindakan Harold MacMichael yang mengugut akan menurunkan raja-raja Melayu dari takhta mereka yang sah jika enggan menurunkan tanda tangan bagi mempersetujui penubuhan Malayan Union juga telah membangkitkan kemarahan Dato’ Onn dan orang Melayu secara amnya kerana Harold Machael tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menurunkan raja-raja Melayu dari takhta kerajaan. Tindakan yang telah dibuat oleh Harold MacMichael sebenarnya merupakan satu rancangan rapi yang telah dibuat oleh British sejak Januari 1943 oleh Pejabat Perang, Pejabat India dan Pejabat Tanah Jajahan iaitu sebelum British kembali ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Ibid, hlm 81. Semasa di London British telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu setelah mereka kembali ke Tanah Melayu semula yang kononnya untuk menyeragamkan sistem pentadbiran Tanah Melayu. Hakikat yang sebenarnya, British ingin terus berkuasa di Tanah Melayu kerana kaya dengan sumber alam dan Malayan Union sebenarnya hanya tipu muslihat British agar seoalah-oleh Tanah Melayu tidak di jajah kerana dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan supaya semua kuasa kolonial membebaskan semua tanah jajahan mereka. Jika, British menjajah Tanah Melayu secara langsung iannya akan mencalarkan imej British sebagai kuasa besar kerana tidak mematuhi perjanjian yang telah dibuat dalam PBB. Bagi membantah Malayan Union Dato’ Onn dan rakan-rakannya telah menjelajah seluruh Tanah Melayu bagi membangkitkan kesedaran dikalangan orang Melayu untuk bersama-sama menentang Malayan Union. Hasilnya, ianya telah di zahirkan melalui demontrasi secara aman telah dilakukan oleh orang Melayu baik. Buktinya, demontrasi telah dilakukan di Kota Bharu Kelantan, Johor Bharu Johor dan Alor Setar Kedah. S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar, Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Revolusi Rekaria Sdn Bhd, 2009, hlm 26 & 27. Selain itu, orang perseorangan dan persatuan-persatuan negeri Melayu juga turut menghantar telegram bantahan kepada kerajaan England. Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, hlm 124. Dalam demontrasi aman yang diadakan oleh Dato’ Onn dan orang-orang Melayu yang lain mereka sering menggunakan slogan “Tanah Melayu hak Melayu, Malayan Union tidak dikehendaki” dan “Bersatu teguh bercerai Roboh” untuk menentang Malayan Union. KONGRES MELAYU Kongres Melayu adalah tempat lahirnya permuafakatan para pemimpin dan cendikiawan Melayu pada ketika itu bagi menentang strategi Inggeris menghapuskan maruah Raja-raja Melayu melalui pengenalan Malayan Union dan kemudiannya lahirnya idea bagi mewujudkan sebuah persatuan bagi memperjuangkan nasib dan hak orang Melayu iaitu United Malay National Organization (UMNO) untuk dijadikan ‘bahtera’ perjuangan bangsa Melayu. Hal ini, kerana rancangan Malayan Union yang diperkenalkan pada British pada 1946, telah menjadi faktor langsung yang membangkitkan kemarahan orang Melayu. Justeru, pada Mei 1946, Dato Onn telah memimpin orang-orang Melayu dalam satu demonstrasi membantah rancangan Malayan Union. Buktinya, pada 1 hingga 4 Mac 1946, sebanyak 41 buah persatuan Melayu yang telah dihadiri seramai 107 orang wakil telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu yang pertama diadakan untuk menentang Malayan Union. Matlob, Dato’ Onn Jaafar Negarawan Melayu Yang Unggul, hlm 14. Kongres Melayu kedua pula telah diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 untuk membantah pengisytiharan Malayan Union yang diistihar pada 1 april 1946. Mustafa Meon & Salleh Hamzah, Onn Jaafar Melakar Sejarah Perjuangan Bangsa Di Batu Pahat, Johor: Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat, 2006, hlm 12 & 13. Kongres Melayu Kedua seramai 9 orang wakil dari persatuan-persatuan negeri Melayu telah hadir dan telah memutuskan tiga perkara penting sebagai tindakan lanjut untuk menentang Malayan Union yang antaranya, ialah dengan melakukan pemulauan terhadap perlantikkan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union oleh raja-raja Melayu dan orang Melayu yang menganggotai pentadbiran Malayan Union. Misalnya, Dato Onn telah menuntut orang Melayu supaya berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok sebagai tanda membantah Malayan Union. Kongres Melayu Ketiga pula telah diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Hasil dari penubuhan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor kemudiannya telah menjadi titik tolak kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 yang akhirnya menjadi sebuah pertubuhan utama yang memperjuangkan suara dan hak politik orang Melayu. hasil kongres yang diadakan ini juga telah membuka mata British bertapa teguh dan berungguhnya orang Melayu untuk menentang Malayan Union sehingga ramai pegawai British pada ketika itu telah melaporkan kepada kerajaan British di London bertama tidak terkawalnya keadaan politik Tanah Melayu pada ketika itu kerana orang Melayu telah bersatu demi membantah Malayan Union. Abdul Rahman Haji Ismail & Azmi Arifin, Sejarah Malaysia, Wacana Kedaulatan Bangsa Kenegaranaan Dan Kemerdekaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2016, hlm 89. UNMO Dato’ Onn Jaafar merupakan antara individu yang telah mencetuskan penubuhan sebuah parti politik yang mampu menyatukan parti politik orang Melayu di seluruh Tanah Melayu yang dianggap mampu dijadikan wadah perjuangan membela nasib bangsa Melayu pada ketika itu. Objektif utama penubuhan parti UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bharu dan telah melantik Dato’ Onn sebagai Yang Dipertua UNMO yang pertama. Mustafa Meon & Salleh Hamzah, Onn Jaafar Melakar Sejarah Perjuangan Bangsa Di Batu Pahat, hlm 13. Tujuan utama UMNO di tubuhkan adalah bagi menentang penubuhan Malayan Union yang akan menghapuskan ketuanan orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Selain itu, UMNO semasa dibawah pimpinan Dato’ Onn juga telah mendapat sokongan yang padu daripada orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Malah, perjuangan UMNO dibawah pimpinan Dato’ Onn bagi menentang Malayan Union turut mendapat sokongan daripada beberapa pegawai British. Sebagai contoh, antara bekas pegawai British yang turut menentang Malayan Union di Tanah Melayu adalah seperti Frank Swettenham, R. 0. Winstedt, George Maxwell, dan Ronald Braddell turut menyuarakan bantahan terhadap Malayan Union, di mana mereka turut menganggap Malayan Union sebagai satu sistem pemerintahan yang hendak merampas hak dan kedaulatan raja-raja Melayu dan sebagai satu sistem kolonisme atau penjajahan bercorak baru yang hendak dibuat oleh kerajaan Britain. Ismail Adnan, Dato’ Onn Jaafar, Dan Perjuangan Kemerdekaan, Johor: Yayasan Warisan Johor, 2006, hlm 99. Hal ini, kerana mereka telah lama tinggal di Tanah Melayu dan turut memahami corak politik dan budaya orang Melayu. jika rancangan Malayan Union diteruskan mereka khuatir akan wujudnya satu penentangan yang lebih dasyat dan radikal oleh orang Melayu terhadap British bagi menghapuskan Malayan Union. Kesungguhan Dato’ Onn dalam memimpin UMNO untuk menentang Malayan Union juga terserlah apabila menggunakan slogan Hidup Melayu sebagai wadah perjuangannya. S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar, Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu, hlm 43. Disamping itu, sifat perjuangan parti ini yang dianggap bercorak diplomasi juga secara tidak langsung telah menarik minat British untuk berunding dengan UMNO berbanding dengan parti-parti politik lain di Tanah Melayu dalam memansuhkan Malayan Union dan bagi menentutkan corak pentadbiran Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Hal ini, kerana British tidak mahu parti politik yang radikal mentadbir Tanah Melayu suatu hari nanti kerana akan menggugat kepentingan ekonominya di Tanah Melayu. Kelantangan perjuangan Dato’ Onn dan UMNO dalam menentang Malayan Union juga telah mengundang simpati British terhadap orang Melayu dan akhirnya Jawatankuasa Kerja ditubuhkan bagi membincang dan mendraf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, hlm 125. Pada 21 Januari 1948, bertempat di King Hotel, Kuala Lumpur, perjanjian 1948 telah di tanda tangani oleh lapan Raja-raja Melayu dan kerajaan British, manakala Sultan Johor hanya menandatangani perjanjian tersebut pada 22 Januari 1948 setelah dipujuk oleh Dato’ Onn. Ibid, hlm 126. Dengan perjanjian ini juga menyaksikan Dato’ Onn dan UMNO telah berjaya mengembalikan status quo politik orang Melayu dan Raja-raja Melayu ke taraf asal sebelun tahun 1941. Ibid. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga menandakan berakhirnya Malayan Union dan permualaan untuk rakyat Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri tanpa campur tangan British. MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU Perjuangan Dato’ Onn dalam menentang Malayan Union tidak hanya boleh dilihat perjuangannya melalui akhbar dan berpersatuan sahaja, tetapi perjuangan Dato Onn jga boleh dilihat melalui permujukkan yang dilakukan oleh beliau terhadap raja-raja Melayu. Memujuk raja-raja Melayu yang di maksudkan ialah Dato Onn dan sahabat-sahabatnya telah berjumpa dengan raja-raja Melayu supaya memulau perlantikkan Gabenor Malayan Union yang pertama iaitu Sir Edward Gent dengan tidak menghadiri majlis perlantikkan tersebut dan jika ada Raja-raja Melayu yang menghadiri majlis tersebut maka rakyat akan derhaka. Matlob, Dato’ Onn Jaafar Negarawan Melayu Yang Unggul, hlm 16. Hal ini, disebabkan Dato’ Onn dan orang Melayu yang lain sedar Malayan Union akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa di negara mereka sendiri. Hasil dari pemujukkan yang telah dibuat oleh Dato Onn agar Raja-raja Melayu memboikot atau memulau perlantikkan Sir Edward Gent dapat dilihat apabila tiada seorang pun raja Melayu yang menghadiri perlantikkan tersebut. Buktinya, pada 1 April 1946 menjelang seperti mana yang dinanti-nantikan oleh British menyaksikan tiada seorang pun Raja Melayu dan pembesar Melayu lain turut serta dalam upacara mengisytiharkan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama. Malah, cuma seorang sahaja orang Melayu yang menghadiri majlis perlantikkan tersebut kerana terpaksa bertugas pada ketika itu sebagai pengawal pengiring kepada Sir Edward Gent yang merupakan seorang Askar Melayu Diraja. Beliau terpaksa menghadiri majlis perlantikkan Edward Gent disebabkan disiplin sebagai seorang tentera yang harus dipatuhi oleh beliau. Apa yang terjadi ini juga dapat dibuktikan dengan jelas bertama orang Melayu begitu membantah dan benci terhadap pihak British dan pengistiharan Malayan Union dan ianya juga telah membuka mata British untuk mendengar suara orang Melayu ketika itu. Ekoran dari bantahan dan pemulauan tersebut, satu rundingan telah diadakan antara Edward Gent, raja-raja Melayu dan Dato’ Onn pada 1 Februari 1948 bagi menyelesaikan konflik yang berlaku dan mengetahui padangan orang Melayu terhadap Malayan Union dengan lebih jelas. Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, hlm 126. Oleh itu, hasil dari kandungan perundingan yang telah dibuat telah memutuskan bahawa Malayan Union akan digantikan dengan sau pemerintahan baru iaitu pentadbiran persekutuan sebagai langkah awal untuk orang Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Maka dengan ini pada Februari 1948, menyaksilan Malayan Union telah dibubarkan oleh pihak British. Ismail Adnan, Dato’ Onn Jaafar, Dan Perjuangan, hlm 29. PENUTUP Kesimpulannya, Dato’ Onn telah memainkan peranan yang penting dalam menaikkan semangat nasionalisme orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Beliau juga boleh dianggap sebagai seorang yang berkarisma tinggi dalam menggerakkan orang Melayu ke arah satu pertubuhan yang bercorak nasionalisme iaitu dengan penubuhan parti UMNO yang akhirnya dianggap sebagai sebuah parti utama yang mampu memperjuangkan hak orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Selain itu, kepimpinan politik Dato’ Onn juga boleh dilihat dalam keakrifan beliau dalam menyelesaikan pergaduhan kaum yang berlaku di Batu Bahat ketika zaman kekejaman komunis. Walaupun, pernah dibuang negeri ke Singapura kerana berselisihan pendapat dengan Sultan Ibrahim, namun beliau tetap setiap kepada Sultan Ibrahim dan negeri Johor sehingga beliau telah menjejak langkah bapanya menjadi Menteri Besar Johor. Kerjanya politik Dato Onn dalam UMNO tidak bertahan lama apabila hasrat beliau untuk membuka keahlian UMNO ditentang oleh ahli UMNO sehingga beliau mengumumkan untuk keluar dari UMNO dan membentuk Independent Malay Parti yang keahliannya bersifat terbuka. Hal ini, kerana beliau tidak mahu rakyat Tanah Melayu yang akan dibentuk bersifat terpisah berdasarkan perkauman. BILBIOGRAFI Abdullah Zakariah Ghazali & Adnan Haji Nawang, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1997. Abdul Rahman Haji Ismail & Azmi Arifin, Sejarah Malaysia, Wacana Kedaulatan Bangsa Kenegaranaan Dan Kemerdekaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2016. Ismail Adnan, Dato’ Onn Jaafar, Dan Perjuangan Kemerdekaan, Johor: Yayasan Warisan Johor, 2006. Matlob, Dato’ Onn Jaafar Negarawan Melayu Yang Unggul, Johor: Badan Bookstore SDN. BHD. 1992. Mustafa Meon & Salleh Hamzah, Onn Jaafar Melakar Sejarah Perjuangan Bangsa Di Batu Pahat, Johor: Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat, 2006. Ramlah Adam, Dato Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar, Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Revolusi Rekaria Sdn Bhd, 2009. http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=3808, diakses pada 5/12/16. http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=6871, diakses pada 5/12/16. http://www.digitalsejarah.com/wp-content/uploads/2016/01/Modul-Dato-Onn.pdf diakses pada 5/12/16. 15